PENGKHUSUSAN kami ialah dalam bidang penerbitan dan percetakan buku serta buletin (newsletter). Ia bidang kepakaran kami sejak 1999. Daripada kerja editorial, grafik dan layout sehinggalah percetakan, kami lakukan yang terbaik untuk pelanggan.
Kelebihan kami ialah kerana memiliki tenaga pakar dan berpengalaman dalam bidang editorial dan penerbitan membabitkan kerja penulisan, penterjemahan, penyuntingan dan semakan pruf.
Dengan kelebihan inilah membolehkan pelanggan kami mempunyai banyak masa untuk menumpukan kepada kerja lain sementara kerja penerbitan buku dan buletin disiapkan oleh kami sama ada sebahagian (grafik dan percetakan sahaja) atau sepenuhnya (editorial, grafik dan percetakan).



