Banner
Banner
Banner

Kami

Ideamas Editorial Services (Ideamas) ditubuhkan pada Jun 1999.

Pejabat awal ialah di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor sebelum berpindah ke Bandar Baru Bangi, Selangor mulai Mac 2004. Ia syarikat milik penuh Bumiputera yang pertama didaftarkan sebagai syarikat menyediakan perkhidmatan editorial (editorial services) di negara ini.

Aktiviti awal syarikat ialah menyediakan perkhidmatan editorial, termasuk penulisan kopi, penyuntingan, semakan pruf (proof reading) dan penterjemahan. Atas permintaan pelanggan, aktiviti perniagaan kemudian dikembangkan kepada bidang khidmat penerbitan (buku dan buletin), rekabentuk grafik dan percetakan.

Ideamas juga menerbitkan majalah sendiri, iaitu D’HERBA (Direktori Industri Herba dan Rawatan Alternatif Malaysia) sejak 2005. Majalah ini diedarkan ke seluruh negara (termasuk Sabah dan Sarawak) serta Brunei.

Dengan pengalaman terkumpul lebih 15 tahun dalam industri media dan penerbitan, Ideamas kini meneruskan komitmennya menyediakan perkhidmatan editorial dan penerbitan kepada sektor awam, swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan individu.

Bagi menjayakan bidang perkhidmatan demi kepuasan pelanggan, Ideamas menjalinkan kerjasama dengan beberapa syarikat sekutu yang bertindak sebagai pembekal dan penyedia perkhidmatan sokongan.

Antara syarikat sekutu berkenaan ialah PST Enterprise Sdn Bhd, Laman Print dan Terap HZ Enterprise.

• No Pendaftaran Syarikat: 1198788-T
• No. Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia: 357-00038896

Banner
Banner
Banner
Banner
Banner